Khasiat dan kebaikan Tebu Hitam
Tebu merupakan tumbuhan daripada famili Graminae iaitu sama seperti rumput dan buluh. Pokok sangat penting dalam pengeluaran gula di seluruh dunia. Terdapat dua jenis tebu yang biasa ditanam iaitu tebu kuning dan tebu hitam. Pokok tebu tumbuh secara berumpun dengan ketinggan diantar 1 meter hingga 4 meter mengikut spesis. Batang pokok tebu mempunyai ruas dan buku. Buku adalah bahagian dimana daun pokok tebu keluar.
Pokok tebu hitam mempunyai khasiat dalam perubatan herba tradisional. Akar pokok tebu hitam (tiga genggam) dicuci dan kemudian direbus. Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan petang untuk meredakan jantung berdebar. Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya. Air perahan tebu hitam diminum untuk mengurangkan kepanasan badan. Untuk merawat batuk, batang tebu hitam dibakar dan perah airnya. Air perahan tersebut diminum untuk meredakan atau merawat batuk.
- Sesuai untuk ulser mulut dan sakit gigi.
- Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, jantung, dan buahn pinggang.
- Akar pokok tebu hitam yg direbus bersama batangnya, jika diminum setiap hari mampu meredakan jantung berdebar & menurunkan kolestrol dalam badan.
- Tebu hitam juga bersifat panas dan basah yg mana mampu meredakan batuk & membersihkan lendir
Bagus rupanya tebu ni..nak tanam balik lah herba ni..hari tu ada tapi pupus kena kemarau
ReplyDeleteSayangnya.. tebu hitam banyak manfaat. Kena tanam lagi tu
DeleteTerima kasih, informasinya, teman. Ulasan yang sangat bermanfaat.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat
Deletemasa kecil selalu je makan tebu hitam ni..potong ala2 fries dan gigit.
ReplyDeletesekarang macam susah je jumpa tebu hitam ni. kalau yg jual air tebu tu pun biasa guna tebu kuning
hihi ye betul tu. kadang2 sampai kering hampas dihisap
Deletebanyak juga khasiat tebu hitam ini
ReplyDeleteBanyak.. lebih mudah jika guna Blacx Pemanis Ekstrak Tebu Hitam
Delete