Amaran air pasang besar - jauhi kawasan pantai 8-10 Oktober

 

ombak

Penduduk di kawasan pesisir pantai di daerah ini disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku esok hingga 10 Oktober ini.

Antara kawasan yang terbabit ialah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata MPKL akan menggerakkan anggotanya untuk membuat pemantauan di kawasan tersebut yang telah dikenal pasti mengalami limpahan air laut.

Amirul Azizan berkata, berdasarkan jadual air pasang surut, daerah ini dijangka mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober ini dengan ketinggian 5.6 meter sekitar pukul 6.30 pagi hingga 7.40 pagi.

Tambahnya, keadaan pada Ahad pula menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada jam 8.13 pagi.

Kata Amirul Azizan, ekoran fenomena itu, MPKL menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Orang ramai khususnya penduduk di daerah ini diingatkan agar tidak memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi di kawasan terlibat pada tarikh tersebut,” katanya.


Credit: Sumber - SelangorKini

Comments

  1. bahaya utk orang ramai..semoga tidak berpanjangan sampai weekend...

    ReplyDelete
  2. rasanya tadi macam ternampak di tiktok kawasan pantai remis katanya naik air... adakah sebab yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap tahun mcmni. Memang bahaya! Pernah airnya melimpah sampai keatas

      Delete
  3. Dah diberi amaran,jgn ada yg berdegil pergi mandi pulak...kang terjadi sesuatu,menyalahkan pihak berkuasa tak bg amaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada yg tetap berdegil. Pihak berkuasa ada buat pantauan tapi entahlah.. hehe

      Delete
  4. Harus waspada..usah remehkan hal2 yang berkait keselamatan ...

    ReplyDelete

Post a Comment

My Shoppe Updates

My Shoppe Updates
Welcoming 2022 - Free shipping + 10% Cash back return

Track My Shipping

Popular posts from this blog

Minat Nak Tambah Pendapatan Sampingan?

Today's Pick: Manatee - See cows - Dugong

Power betul Gel Garci PRO Membantu Proses Rawatan Melancarkan Melegakan

Resepi Asam Pedas Ikan Mak Zamnah