Apa itu ‘Jazakallah Khairan Kathira ?”



Selalunya apabila ada yang memberi sesuatu pasti kita akan cakap Terima Kasih, Thanks, Arigato dan sebagainya.

Sebenarnya ada kelebihan ucapan “Jazakallah khairan kathira” ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan.. malah dapat mendoakannya juga.

Ini pula adalah maksud disebalik ucapan tersebut :

Jazakallah khairan kathira (untuk seorang lelaki)
Jazakillah khairan kathira (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan kathira (untuk ramai)

Jazakallah khairan = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu. 

Jazakallah khairan kathira = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 

Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini : 

Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
Wa iyyakum (untuk ramai)

Ini pula adalah maksudnya :

Dan ke atas kamu juga

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri kita sendiri…  – Wallahua’lam…

Semoga Bermanfaat  - Wallahua'lam...

Credit > Miza Idgihat

Comments

My Shoppe Updates

My Shoppe Updates
Welcoming 2022 - Free shipping + 10% Cash back return

Track My Shipping

Popular posts from this blog

Minat Nak Tambah Pendapatan Sampingan?

Power betul Gel Garci PRO Membantu Proses Rawatan Melancarkan Melegakan

Resepi Asam Pedas Ikan Mak Zamnah

Today's Pick: Manatee - See cows - Dugong