Resepi Asam Pedas Ikan Mak Zamnah

 Bismillah.. dan Assalamu'alaikum wbt

Hari ni kami di Nur Aziz Online bercuti (hooreyyy..) Memang tak ada plan nak ke mana-mana pun sebab memandangkan situasi Covid-19 di Malaysia mahupun dunia belum pulih sepenuhnya. Jadinya kita sekeluarga hanya duduk-duduk di rumah sahaja. Dalam sambil-sambil membelek internet, ternampak satu posting sahabat ni berkenaan Asam Pedas. ermmmm lama juga tak masak asam pedas ni, terliur pulak hehe

asam-pedas

So harini kita nak kongsi-kongsi resepi lah pulak. Asyik cerita bab meniaga je kan? Resepi yang saya kita nak kongsi kat sini ialah hasil nukilan mertua. Bahan-bahannya agak simple tapi rasanya memang masa makan tu tak hengat dah orang kat belakang 👀

Ok.. yang pertamanya kita perlukan ialah bahan-bahan:

1) BAHAN UTAMA : Ikan (kita suka guna ikan pari/parang/duri)

2) BAHAN-BAHAN KISAR

  • 3 ulas bawang besar
  • 3/4 ulas bawang putih (ikut saiz)
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 1/2 inchi halia tua
  • 2 genggam cili kering (terpulang ikut selera pedas|direndam hingga lembut)
  • Lada hitam (yang biji, bukan tumbuk)
  • Belacan (agak-agak je)
3) BAHAN SAMPINGAN
  • 1 batang serai
  • 2/3 keping daun limau purut
  • Daun kesum / Bunga kantan
  • Bendir / Terung / Buah tomato
  • Bahan-bahan ini adalah pilihan. Kalau kita, suka banyak sayur macamni.
  • Air asam jawa/Asam keping
  • Garam dan perasa secukupnya (kita suka masukkan di step yg terakhir)
Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kesemua Bahan-Bahan Kisar. Tumis hingga naik bau. Tambahkan air sedikit dan teruskan menumis sehingga garing/naik minyak, masukkan serai dan daun limau (jika mahu)
  2. Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Setelah mendidih bolehlah masukkan air asam jawa/guna asam keping ikut citarasa masing-masing.
  3. Masukkan bahan utama - Ikan
  4. Kacau-kacaukan sedikit dan bolehlah dimasukkan bahan-bahan sayur tadi.
  5. Biarkan mendidih dan aga-agak ikannya sudah masak dan tutupkanlah api serta tutupkan periuk untuk sementara bertujuan kuah asam tadi tu menyerap kedalam bahan-bahan bersamanya.
* Air yang nak buat kuah asam tu jangan terlalu banyak, nanti cair.. Cayor jadinyer nantii (gaya cakap mertua saya)

Setelah semuanya siap, ambillah pinggan. Masukkan nasi dan makanlah bersama kuah Asam Pedas Ikan Mak Zamnah 😅 ~ Selamat menjamu selera..

Nota kaki: Gambar tak ada kena-mengena langsung dengan resepi masakan yang kita kongsi ye. Ambil dari cik google je tu. Untuk tengok hasilnya yang sebenar bolehlah cuba resepi yang saya kongsikan.
- Dipanjatkan doa serta bacaan Al-Fatihah buat Arwah Mertua serta kedua Ibu dan bapa yang telah pergi meninggalkan kami, semoga roh-rohnya dicucuri Rahmat OlehNya...

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عنه

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ 

امين


Comments

  1. salam kenal kak Nur
    wahhh asam pedas ini enak dan banyak macamnya juga, bisa berupa ikan, atau mungkin cumi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye banyak macam. cumi belum cuba lagi mesti enak kan

      Delete
  2. Waah, resep yang menggugah selera..

    ReplyDelete
  3. Harap pahala berkekalan untuk arwah.

    ReplyDelete
  4. sedapnya asam pedas, tak pernah tolak kalau jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lawan dgn nasi panas² kan

      Delete
  5. asam pedas kalau pekat baru sedap ye tak..
    ikan parang sedap..tp malasnya nak bekerja keras masa makan. ikan duri je senang hahah

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan kak Nur. Terliur betul tengok asam pedas akak. Terim kasih yer untuk resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan kembali. Terima kasih

      Delete
  7. menu paling favourite asam pedas...n al-fatihah utk mertua n ayah ibu yang telah pegi..semoga syurga hadiah buat mereka...amin...

    ReplyDelete
  8. Sedaaapnya nampak 😘. Dulu saat saya masih study Kat Penang, ada teman masak ikan asam pedas nih. Memang sedaaap. Beberapa kali pun saya pernah beli di rumah makan sana. Bumbu yang kuat, sedikit pedas, memang bikin appetite naik 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. bikin appetite naik mendadak terus biasanya hehe

      Delete

Post a Comment

My Shoppe Updates

My Shoppe Updates
Welcoming 2022 - Free shipping + 10% Cash back return

Track My Shipping

Popular posts from this blog

Minat Nak Tambah Pendapatan Sampingan?

Power betul Gel Garci PRO Membantu Proses Rawatan Melancarkan Melegakan

Today's Pick: Manatee - See cows - Dugong