Resepi Asam Pedas Ikan Mak Zamnah
Bismillah.. dan Assalamu'alaikum wbt
Hari ni kami di Nur Aziz Online bercuti (hooreyyy..) Memang tak ada plan nak ke mana-mana pun sebab memandangkan situasi Covid-19 di Malaysia mahupun dunia belum pulih sepenuhnya. Jadinya kita sekeluarga hanya duduk-duduk di rumah sahaja. Dalam sambil-sambil membelek internet, ternampak satu posting sahabat ni berkenaan Asam Pedas. ermmmm lama juga tak masak asam pedas ni, terliur pulak hehe
So harini kita nak kongsi-kongsi resepi lah pulak. Asyik cerita bab meniaga je kan? Resepi yang saya kita nak kongsi kat sini ialah hasil nukilan mertua. Bahan-bahannya agak simple tapi rasanya memang masa makan tu tak hengat dah orang kat belakang 👀
Ok.. yang pertamanya kita perlukan ialah bahan-bahan:
1) BAHAN UTAMA : Ikan (kita suka guna ikan pari/parang/duri)
2) BAHAN-BAHAN KISAR
- 3 ulas bawang besar
- 3/4 ulas bawang putih (ikut saiz)
- 1 inchi kunyit hidup
- 1/2 inchi halia tua
- 2 genggam cili kering (terpulang ikut selera pedas|direndam hingga lembut)
- Lada hitam (yang biji, bukan tumbuk)
- Belacan (agak-agak je)
- 1 batang serai
- 2/3 keping daun limau purut
- Daun kesum / Bunga kantan
- Bendir / Terung / Buah tomato
- Bahan-bahan ini adalah pilihan. Kalau kita, suka banyak sayur macamni.
- Air asam jawa/Asam keping
- Garam dan perasa secukupnya (kita suka masukkan di step yg terakhir)
- Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan kesemua Bahan-Bahan Kisar. Tumis hingga naik bau. Tambahkan air sedikit dan teruskan menumis sehingga garing/naik minyak, masukkan serai dan daun limau (jika mahu)
- Tambahkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Setelah mendidih bolehlah masukkan air asam jawa/guna asam keping ikut citarasa masing-masing.
- Masukkan bahan utama - Ikan
- Kacau-kacaukan sedikit dan bolehlah dimasukkan bahan-bahan sayur tadi.
- Biarkan mendidih dan aga-agak ikannya sudah masak dan tutupkanlah api serta tutupkan periuk untuk sementara bertujuan kuah asam tadi tu menyerap kedalam bahan-bahan bersamanya.
salam kenal kak Nur
ReplyDeletewahhh asam pedas ini enak dan banyak macamnya juga, bisa berupa ikan, atau mungkin cumi
ye banyak macam. cumi belum cuba lagi mesti enak kan
DeleteWaah, resep yang menggugah selera..
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteHarap pahala berkekalan untuk arwah.
ReplyDeleteTerima kasih.. Aamiin
Deletesedapnya asam pedas, tak pernah tolak kalau jumpa
ReplyDeleteHehe.. lawan dgn nasi panas² kan
Deleteasam pedas kalau pekat baru sedap ye tak..
ReplyDeleteikan parang sedap..tp malasnya nak bekerja keras masa makan. ikan duri je senang hahah
pekat2 esok/malam makan cicah roti
DeleteSalam perkenalan kak Nur. Terliur betul tengok asam pedas akak. Terim kasih yer untuk resepi.
ReplyDeleteSalam perkenalan kembali. Terima kasih
Deletemenu paling favourite asam pedas...n al-fatihah utk mertua n ayah ibu yang telah pegi..semoga syurga hadiah buat mereka...amin...
ReplyDeleteAamiin... terima kasih sis
DeleteSedaaapnya nampak 😘. Dulu saat saya masih study Kat Penang, ada teman masak ikan asam pedas nih. Memang sedaaap. Beberapa kali pun saya pernah beli di rumah makan sana. Bumbu yang kuat, sedikit pedas, memang bikin appetite naik 👍
ReplyDeleteBetul.. bikin appetite naik mendadak terus biasanya hehe
Deletewow! subahanallah..
ReplyDelete